1. Berdiri tegak menghadap kiblat dan melafazkan takbir.
Allahu Akbar (Allah Maha Besar).
2. Mengangkat kedua-dua tangan takbiratulihram sambil melafazkan niat solat yang hendak dilakukan.
3. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca doa iftitah.
4. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah. Disunatkan membaca surah-surah yang lain selepas surah al-Fatihah.
5. Rukuk beserta dengan tamakninah. Sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir, turunkan badan untuk rukuk dan membaca : 3 kali
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujianNya
6. Iktidal berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat badan untuk iktidal bacalah bacalah lafaz berikut :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujianNya
7. Sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir, turunkan badan untuk sujud dan membaca : 3 kali
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujianNya.
8. Duduk antara dua sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir, naikkan badan daripada sujud dan duduk sebentar serta membaca :
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِي
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Maksud : Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
9. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir turunkan badan untuk sujud dan membaca bacaan dalam sujud.
10. Bangun qiam untuk melakukan perlakuan rakaat yang kedua sambil membaca lafaz takbir, bangun dari sujud yang kedua sambil melafazkan takbir
No comments:
Post a Comment