Thursday, 17 May 2012

Perlakuan dan bacaan dalam solat, rakaat - 4

Rakaat ke-4
24. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah.
25. Rukuk berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir.
26. iktidal berserta dengan tamakninah.
27. Sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
28. Duduk antara dua sujud,berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
29. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
30. Duduk untuk membaca tahiyat akhir. Sambil melafazkan takbir, bangunkan badan dan duduk lalu membaca tahiyat akhir.

31. Memberi salam sebagai tanda mengakhiri solat, setelah selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka kearah kanan sambil melafazkan :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Maksud : Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah
32. memberi salam sebagai tanda mengakhiri solat, setelah selesai memalingkan muka kearah kanan, palingkan muka kearah kiri pula. Sambil melafazkan :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
33. Doa qunut dibaca pada rakaat kedua sembahyang subuh. Doa ini dibaca sewaktu iktidal, iaitu sesudah membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

No comments:

Post a Comment