Tuesday, 18 December 2012

Pendidikan Islam 2

 
1.  Perkahwinan
Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal dari bahasa arab yang bermakna kumpul, himpun dan cantum.
Menurut pendapat ahli-ahliil mufiqh ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan malakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij (kahwin).

Matlamat perkahwinan :
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mengikut sunnah Rasulullahs.a.w
3. Melahir dan menyuburkan perasaan mawaddah dan rahmah
4. Mendapatkan zuriat
5. Memenuhi kehendak semulajadi
6. Menjaga akhlak dan peribadi
7. Menjaga keselamatan social
8. Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
9. Mempertingkatkan usaha

HukumNikah
1.  Wajib
-  mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya kelembah maksiat
- mempunyai kemampuan menanggung mas kahwindan nafkah
- yakin tidak menganiaya terhadap isterinya
- mampu menyempurnakan kewajipan
2.  Sunat
- mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan
-boleh mengawal diri daripada perbuatan zina
- mempunyai tabi’e yang sederhana
3.  Haram
- tidak mempunyai keinginan
-tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
- khuatir menganiaya isteri
-tidak mampu menyempurnakan kewajipan
4.  Makruh
- bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
- jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinya
- seorang yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi lemah tubuh badan seperti sangat tua, sakit yang berterusan atau lemah tenaga batin
5.  Harus
- adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak ada padanya penyebab penyebab di atas  ( wajib, sunat, haram danmakruh)
Perempuan-Perempuan Yang Haram DiKahwini
1. Haram buat selamanya
-  sebab keturunan
-  sebab penyusuan
-  sebab persemendaan (perkahwinan)
2.  Haram buat sementara waktu
-  sebab menghimpunkan
-  masih isteri orang
-  masih dalam iddah
-  sebab talak 3
-  berlainan agama
Pertunangan (Al-Khitbah)
Al-khitbah berasal dari perkataan arab yang membawa maksud pertunangan. Ia boleh ditakrifkan hasrat ingin berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui salurans yara’.
Mas Kahwin / Mahar
Definisi
Maksud mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan
Sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin
1. matawang
2. hartabenda
3. Pekerjaan( mengajar ilmu agama)
4. makanan
5. memerdekakan hamba
RukunNikah
Untuk melaksanakan satu-satu perkahwinan yang sah di sisi syara’ hendaklah mempunyai lima rukun, iaitu :
1.       Calon suami
2.       Calon steri
3.       Wali
4.       Dua saksi
5.       Ijab dan qabul


 


Tuesday, 14 August 2012

e. Nota 1: Pendidikan Islam 1 ( Julai 2012)


e. nota 1
PENDIDIKAN ISLAM 1 ( JULAI 2012)
*      Perkara asas dalam Islam  ialah akidah, syariah / ibadat dan akhlak
*      Maksud perkataan ad-din dalam  bahasa Melayu  ialah agama
*      Maksud perkataan Islam menurut bahasa ialah keamanan
*      Perkataan mukmin bermaksud orang Islam yang beriman dengan  segala perintah  Allah
*      Niat yang ikhlas dalam  melakukan ketaatan kepada Allah dikira sebagai ibadat
*      Fungsi niat terhadap sesuatu amalan seorang hamba ialah  menentukan  sesuatu  amalan  sama ada menjadi ibadat atau adat
*      Ciri-ciri keistimewaan  Islam  ialah Rabbaniyyah, Waqi’iyah, Syumul dan Kamil, Alamiyah, Tawazzun dan Wasatiyyah

Sunday, 5 August 2012

Pendidikan Islam 1. PB dan PA (Julai 2012)


Pendidikan Islam 1. PB dan PA (Julai 2012)
PENILAIAN BERTERUSAN


PB





Kuiz  1


Kuiz  2


Tugasan  1 ( peta minda )


Tugasan  2 ( kertas kerja )


Ujian lisan  1 / Tasmik


Ujian lisan  2 / Tasmik


Amali


Pembentangan


PA





Projek       

·         Video maker
·         Poster


Pembentangan

Tuesday, 31 July 2012

Pendidikan Islam 1( Julai 2012)


PENDIDIKAN ISLAM 1 ( JULAI 2012)
1.  TASAWWUR ISLAM  (kuiz 1)
·         Pengertian Islam
·         Pengertian muslim
·         Ciri-ciri keistimewaan Islam : Rabbaniyyah, Waqi’iyah, Syumul Dan Kamil, Alamiyah, Tawazzun  dan Wasatiyyah
·         Pengertian : Iman, Islam dan Ihsan
·         Pengertian sekularisme

2.  KONSEP AKIDAH  (kuiz 1)
Ø  Pengertian akidah
Ø  Rukun-rukun iman
Ø  Peringkat-peringkat iman
Ø  Kepentingan mempelajari ilmu akidah
Ø  Perkara-perkara yang merosakkan akidah
Ø  Cara-cara memelihara akidah

3.  KONSEP IBADAH DALAM ISLAM  (kuiz 1)
v  Definisi ibadah
v  Ibadah umum
v  Ibadah khusus
v  Syarat-syarat amalan menjadi ibadah

4.  IBADAH KHUSUS   (kuiz 2)
§  Pengertian taharah / bersuci
§  Alat-alat taharah
§  Cara-cara taharah
§  Penentuan arah kiblat
§  Penentuan masuk waktu solat
§  Azan dan iqamah
§  Rukun-rukun solat
§  Solat berjemaah
§  Solat jamak dan qasar

5.   AKHLAK ISLAMIAH  (kuiz 2)
o   Akhlak terhadap Allah
o   Akhlak terhadap Rasul
o   Akhlak terhadap sesama manusia
o   Akhlak terhadap alam sekitar

Thursday, 17 May 2012

Doa Qunut


Maksud :
Tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau qadhakkan (hukumkan). Maka bahwasanya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum. Bahwasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada Engkau. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy ( tidak tahu membaca ), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Tahiyat Akhir


TAHIYAT AKHIR  :syahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Maksud :
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Tahiyat Awal


 TAHIYAT AWAL  :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ .السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ .
 أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  .
Maksud :
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad.

Doa Iftitah


DOA IFTITAH :
اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
Maksud :
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.

Surah Al - Fatihah

SURAH AL-FATIHAH  :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
2 ) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ )
3 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ )
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )
Maksud :
Dengan nama Allah yang pengasih penyayang
Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Yang bersifat pengasih penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Akan Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Perlakuan dan bacaan dalam solat, rakaat - 4

Rakaat ke-4
24. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah.
25. Rukuk berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir.
26. iktidal berserta dengan tamakninah.
27. Sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
28. Duduk antara dua sujud,berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
29. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
30. Duduk untuk membaca tahiyat akhir. Sambil melafazkan takbir, bangunkan badan dan duduk lalu membaca tahiyat akhir.

31. Memberi salam sebagai tanda mengakhiri solat, setelah selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka kearah kanan sambil melafazkan :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Maksud : Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah
32. memberi salam sebagai tanda mengakhiri solat, setelah selesai memalingkan muka kearah kanan, palingkan muka kearah kiri pula. Sambil melafazkan :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
33. Doa qunut dibaca pada rakaat kedua sembahyang subuh. Doa ini dibaca sewaktu iktidal, iaitu sesudah membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Perlakuan dan bacaan dalam solat, rakaat - 3

Rakaat ke-3
18. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah.
19. Rukuk berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir.
20. Iktidal berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat badan untuk iktidal, sambil melafazkan bacaan.
21. sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir, turunkan badan untuk sujud.
22. duduk antara dua sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir.
23. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir.

Perlakuan dan bacaan dalam solat, rakaat - 2

Rakaat ke-2
11. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah, disunatkan membaca surah-surah yang lain selepas surah al-Fatihah.
12. Rukuk berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir, turunkan badan untuk rukuk.

13. Iktidal berserta dengan tamakninah.
14. Sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafaz takbir.
15. Duduk antara dua sujud berserta dengan tamakninah sambil melafaz takbir.
16. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir.
17. Duduk untuk membaca tahiyat awal, sambil melafazkan takbir, bangunkan badan dan duduk untuk membaca tahiyat awal.

Perlakuan dan bacaan dalam solat, rakaat - 1

Rakaat-1

1. Berdiri tegak menghadap kiblat dan melafazkan takbir.
Allahu Akbar (Allah Maha Besar).
2. Mengangkat kedua-dua tangan takbiratulihram sambil melafazkan niat solat yang hendak dilakukan.
3. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca doa iftitah.
4. Qiam dengan tangan kanan di atas tangan kiri sambil membaca surah al-Fatihah. Disunatkan membaca surah-surah yang lain selepas surah al-Fatihah.
5. Rukuk beserta dengan tamakninah. Sambil mengangkat tangan seperti takbiratulihram dan bertakbir, turunkan badan untuk rukuk dan membaca : 3 kali
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujianNya

6. Iktidal berserta dengan tamakninah, sambil mengangkat badan untuk iktidal bacalah bacalah lafaz berikut : 
  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujianNya
7. Sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir, turunkan badan untuk sujud dan membaca : 3 kali
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maksud : Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujianNya.

8. Duduk antara dua sujud berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir, naikkan badan daripada sujud dan duduk sebentar serta membaca :
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِي
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Maksud : Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

9. Sujud kali kedua berserta dengan tamakninah, sambil melafazkan takbir turunkan badan untuk sujud dan membaca bacaan dalam sujud.
10. Bangun qiam untuk melakukan perlakuan rakaat yang kedua sambil membaca lafaz takbir, bangun dari sujud yang kedua sambil melafazkan takbir