Friday, 26 April 2013
Rukun-rukun Solat
1.
Niat
2.
Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan
bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya
secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
3.
Takbiratul Ihram
4.
Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5.
Rukuk dengan toma`ninah.
6.
I`tidal dengan toma`ninah
7.
Sujud dua kali dengan toma`ninah
8.
Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9.
Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.
Membaca tasyahud akhir
11.
Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.
Membaca salam yang pertama
13.
Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan
rukun-rukun tersebut.
Thursday, 25 April 2013
Amalan Malam Lailatul Qadar
1. Beriktikaf dimasjid
2. Solat fardu maghrib, isyak dan subuh dimasjid atau surau
3. Solat terawih dan witir
4. Membaca al - Qur'an / tadarus al - Quran
5. Berzikir dan selawat kepada Nabi s.a.w
6. Solat tahajjud, taubat, tasbih, hajat
7. Banyak berdoa memohon ampun kepada Allah
8. Menghadiri majlis ilmu
9. Mengejutkan keluarga bangun beribadah
2. Solat fardu maghrib, isyak dan subuh dimasjid atau surau
3. Solat terawih dan witir
4. Membaca al - Qur'an / tadarus al - Quran
5. Berzikir dan selawat kepada Nabi s.a.w
6. Solat tahajjud, taubat, tasbih, hajat
7. Banyak berdoa memohon ampun kepada Allah
8. Menghadiri majlis ilmu
9. Mengejutkan keluarga bangun beribadah
Wednesday, 24 April 2013
Pendidikan Islam 2
PENDIDIKAN ISLAM 2
1. PERKAHWINAN
Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal dari bahasa Arab yang
bermakna kumpul, himpun dan cantum.
Menurut pendapat ahli-ahli ilmu fiqh ialah satu akad yang
dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan malakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah,
tazwij (kahwin).
Matlamat Perkahwinan :
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
3. Melahir dan menyuburkan perasaan mawaddah dan rahmah
4. Mendapatkan zuriat
5. Memenuhi kehendak semulajadi
6. Menjaga akhlak dan peribadi
7. Menjaga keselamatan sosial
8. Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
9. Mempertingkatkan usaha
Hukum Nikah
1. Wajib
-
mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya
- mempunyai kemampuan menanggung maskahwin dan nafkah
- yakin tidak menganiaya terhadap isterinya
- mampu menyempurnakan kewajipan
2. Sunat
- mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan
-boleh mengawal diri daripada perbuatan zina
- mempunyai tabi’e yang sederhana
3. Haram
- tidakmempunyaikeinginan
-tidakmampumemberinafkahzahirdanbatin
- khuatirmenganiayaisteri
-tidakmampumenyempurnakankewajipan
4. Makruh
- bagi orang yang tidakmampumemberinafkahzahirdanbatin
- jikaiaberkahwinakanmenyusahkanisterinya
- seorang yang
mempunyaikemampuankewangantetapilemahtubuhbadansepertisangattua, sakit yang
berterusanataulemahtenagabatin
5. Harus
- adalahhukumasalperkahwinaniaitu orang yang
tidakadapadanyapenyebabpenyebab di atas
( wajib, sunat, haram danmakruh)
Perempuan-Perempuan
Yang Haram DiKahwini
1. Haram buat selamanya
- sebab keturunan
- sebab penyusuan
- sebabpersemendaan
(perkahwinan)
2. Haram
buatsementarawaktu
- sebab menghimpunkan
- masih isteri orang
- masihdalamiddah
- sebabtalak 3
- berlainan agama
Pertunangan
(Al-Khitbah)
Al-khitbahberasaldariperkataanarab yang membawamaksudpertunangan.
Iabolehditakrifkanhasratinginberkahwindariseoranglelakiterhadapseorangperempuanmelaluisaluransyara’.
Mas Kahwin / Mahar
Definisi
Maksudmahardalamperkahwinanialahpemberian yang
wajibolehsuamikepadaisteridengansebabperkahwinan
Sesuatu yang bolehdijadikanmaskahwin
1. matawang
2. hartabenda
3. Pekerjaan( mengajarilmu agama)
4. makanan
5. memerdekakanhamba
RukunNikah
Untukmelaksanakansatu-satuperkahwinan yang sah di sisisyara’
hendaklahmempunyai lima rukun, iaitu :
1.
Calonsuami
2.
Calonisteri
3.
Wali
4.
Duasaksi
5.
Ijabdanqabul
Wali
Susunanwali
Perpindahanwaliperlulahmengikutkeutamaannyasepertisusunanwali
di bawah
Friday, 12 April 2013
Perkahwinan Menurut Islam
Perkahwinan Menurut
Islam
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa
ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj
digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan
dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah Perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama
di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu
cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini
merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu.
Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan
Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat,
antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan
sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri
tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir
Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari
beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud,
“Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan
beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan
anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini
dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu,
perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan
keturunan..
Hukum Perkahwinan dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang
mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang
tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan
hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang
yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar
tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang
tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak
berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya
isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
- Cara yang
halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat
dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
- Untuk
memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
- Memelihara
kesucian diri
- Melaksanakan
tuntutan syariat
- Menjaga
keturunan
- Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
- Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
- Dapat
mengeratkan silaturahim
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan
anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti
mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang, dapat
menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
Sebab haram nikah
- Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
- Ibu
- Nenek sebelah ibu mahupun bapa
- Anak perempuan & keturunannya
- Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa
atau seibu
- Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
- Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
- Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
- Perempuan
yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
- Ibu susuan
- Nenek dari sebelah ibu susuan
- Adik-beradik perempuan susuan
- Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki
atau perempuan
- Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
- Perempuan
mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
- Ibu mentua dan ke atas
- Ibu tiri
- Nenek tiri
- Menantu perempuan
- Anak tiri perempuan dan keturunannya
- Adik ipar perempuan dan keturunannya
- Emak saudara kepada isteri
- Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Rukun nikah
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami
- Islam
- Lelaki yang tertentu
- Bukan lelaki mahram dengan
bakal isteri
- Mengetahui wali yang sebenar
bagi akad nikah tersebut
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri dan
bukan paksaan
- Tidak mempunyai empat orang
isteri yang sah dalam satu masa
- Mengetahui bahawa perempuan
yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
- Islam
- Perempuan yang tertentu
- Bukan perempuan mahram dengan
bakal suami
- Bukan seorang khunsa
- Bukan dalam ihram haji atau
umrah
- Tidak dalam idah
- Bukan isteri orang
Syarat wali
- Islam, bukan kafir dan murtad
- Lelaki dan bukannya perempuan
- Baligh
- Dengan kerelaan sendiri dan
bukan paksaan
- Bukan dalam ihram haji atau
umrah
- Tidak fasik
- Tidak cacat akal fikiran,gila,
terlalu tua dan sebagainya
- Merdeka
- Tidak ditahan kuasanya daripada
membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB
menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak
sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita
hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil
kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali
- Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa
(bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya
atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu
mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
- Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan
berhak menjadi wali
- Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak
menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan
berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika
tiada yang terdekat lagi.
- Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh
pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik
menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-syarat saksi
- Sekurang-kurangya dua orang
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Lelaki
- Memahami kandungan lafaz ijab
dan qabul
- Dapat mendengar, melihat dan bercakap
- Adil (Tidak melakukan dosa-dosa
besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
- Merdeka
Syarat ijab
- Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
- Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
- Diucapkan oleh wali atau wakilnya
- Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti
mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam
tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
- Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu
ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal
suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Abdullah dengan
mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabul
- Ucapan mestilah sesuai dengan
ucapan ijab
- Tiada perkataan sindiran
- Dilafazkan oleh bakal suami
atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
- Tidak diikatkan dengan tempoh
waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
- Tidak secara taklik(tiada
sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
- Menyebut nama bakal isteri
- Tidak diselangi dengan
perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku
terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Bt Abdullah dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU
"Aku terima Diana Binti Abdullah sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar
perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan
mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan
diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan
kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan
atau symbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan
isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau
pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana
sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih
dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai
tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya
mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak
aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis
keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir
Subscribe to:
Posts (Atom)