Friday, 26 April 2013

RUKUN SOLAT 13 PRAYER MANUAL


Rukun-rukun Solat

1.      Niat

2.      Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.

3.      Takbiratul Ihram

4.      Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

5.      Rukuk dengan toma`ninah.

6.      I`tidal dengan toma`ninah

7.      Sujud dua kali dengan toma`ninah

8.      Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah

9.      Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah

10.  Membaca tasyahud akhir

11.  Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir

12.  Membaca salam yang pertama

13.  Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.




Thursday, 25 April 2013

Amalan Malam Lailatul Qadar

1. Beriktikaf dimasjid
2. Solat fardu maghrib, isyak dan subuh dimasjid atau surau
3. Solat terawih dan witir
4. Membaca al - Qur'an / tadarus al - Quran
5. Berzikir dan selawat kepada Nabi s.a.w
6. Solat tahajjud, taubat, tasbih, hajat
7. Banyak berdoa memohon ampun kepada Allah
8. Menghadiri majlis ilmu
9. Mengejutkan keluarga bangun beribadah

Al Fatihah by Al Afasy (Bahasa Translated)


Wednesday, 24 April 2013

Pendidikan Islam 2


PENDIDIKAN ISLAM 2
1.  PERKAHWINAN
Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal dari bahasa Arab yang bermakna kumpul, himpun dan cantum.
Menurut pendapat ahli-ahli ilmu fiqh ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan malakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij (kahwin).
Matlamat Perkahwinan :
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
3. Melahir dan menyuburkan perasaan mawaddah dan rahmah
4. Mendapatkan zuriat
5. Memenuhi kehendak semulajadi
6. Menjaga akhlak dan peribadi
7. Menjaga keselamatan sosial
8. Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
9. Mempertingkatkan usaha
Hukum Nikah
1.  Wajib
-  mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya 
- mempunyai kemampuan menanggung maskahwin dan nafkah
- yakin tidak menganiaya terhadap isterinya
- mampu menyempurnakan kewajipan
2.  Sunat
- mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan
-boleh mengawal diri daripada perbuatan zina
- mempunyai tabi’e yang sederhana
3.  Haram
- tidakmempunyaikeinginan
-tidakmampumemberinafkahzahirdanbatin
- khuatirmenganiayaisteri
-tidakmampumenyempurnakankewajipan
4.  Makruh
- bagi orang yang tidakmampumemberinafkahzahirdanbatin
- jikaiaberkahwinakanmenyusahkanisterinya
- seorang yang mempunyaikemampuankewangantetapilemahtubuhbadansepertisangattua, sakit yang berterusanataulemahtenagabatin
5.  Harus
- adalahhukumasalperkahwinaniaitu orang yang tidakadapadanyapenyebabpenyebab di atas  ( wajib, sunat, haram danmakruh)
Perempuan-Perempuan Yang Haram DiKahwini
1. Haram buat selamanya
-  sebab keturunan
-  sebab penyusuan
-  sebabpersemendaan (perkahwinan)
2.  Haram buatsementarawaktu
-  sebab menghimpunkan
-  masih isteri orang
-  masihdalamiddah
-  sebabtalak 3
-  berlainan agama
Pertunangan (Al-Khitbah)
Al-khitbahberasaldariperkataanarab yang membawamaksudpertunangan. Iabolehditakrifkanhasratinginberkahwindariseoranglelakiterhadapseorangperempuanmelaluisaluransyara’.
Mas Kahwin / Mahar
Definisi
Maksudmahardalamperkahwinanialahpemberian yang wajibolehsuamikepadaisteridengansebabperkahwinan
Sesuatu yang bolehdijadikanmaskahwin
1. matawang
2. hartabenda
3. Pekerjaan( mengajarilmu agama)
4. makanan
5. memerdekakanhamba
RukunNikah
Untukmelaksanakansatu-satuperkahwinan yang sah di sisisyara’ hendaklahmempunyai lima rukun, iaitu :
1.       Calonsuami
2.       Calonisteri
3.       Wali
4.       Duasaksi
5.       Ijabdanqabul

Wali
Susunanwali
Perpindahanwaliperlulahmengikutkeutamaannyasepertisusunanwali di bawah













Friday, 12 April 2013

Perkahwinan Menurut Islam


Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah Perkahwinan

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

Hukum  Perkahwinan dalam Islam


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah perkahwinan

  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

Ciri-ciri bakal suami


  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri


  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Sebab haram nikah

  • Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
    • Ibu
    • Nenek sebelah ibu mahupun bapa
    • Anak perempuan & keturunannya
    • Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
    • Anak perempuan kepada adik-beradik kandung

lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan

    • Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
    • Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

  • Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
    • Ibu susuan
    • Nenek dari sebelah ibu susuan
    • Adik-beradik perempuan susuan
    • Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
    • Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

  • Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
    • Ibu mentua dan ke atas
    • Ibu tiri
    • Nenek tiri
    • Menantu perempuan
    • Anak tiri perempuan dan keturunannya
    • Adik ipar perempuan dan keturunannya
    • Emak saudara kepada isteri
  • Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Rukun nikah



 Syarat bakal suami


  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri


  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang

Syarat wali


  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

 Jenis-jenis wali


  • Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

  • Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

  • Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

  • Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

 Syarat-syarat saksi


  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka

 Syarat ijab


  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Abdullah dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

 Syarat qabul


  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Bt Abdullah dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Abdullah sebagai isteriku".


Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau symbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir