PENDIDIKAN ISLAM 1
TOPIK 1
TOPIK 1
TASAWWUR ISLAM
Pengertian Islam
Bahasa : taat,
patuh &
berserah diri.
Istilah : tunduk
dan patuh
serta menyerah
diri kepada
Allah s.w.t
dengan beriman
kepadaNya dan
mengamalkan segala
ajaran rasulNya.
Pengertian Muslim
•Seseorang
yang menyerahkan dirinya kepada
Allah s.w.t dengan
mengikuti segala
perintah-perintahNya
dan segala
larangan-laranganNya
serta meraih
keredhaanNya.
Islam sebagai
Ad-Din
Islam
adalah
satu
- satunya agama
yang benar
dan
diakui Allah s.w.t
Agama
Islam adalah
satu
agama yang lengkap.
Dikenali
sebagai
agama yang menyusun cara
hidup yang
meliputi aspek keimanan,ibadah,
mua`malah, siasah,
sosial dan
ekonomi.
Menyenaraikan Ciri-Ciri Keistimewaan Islam
1. Rabbaniyyah (Ketuhanan)
• Hukum dan peraturan syariah ini daripada Allah s.w.t dan bukan ciptaan manusia.
2. Waqi’iyyah (Realiti)
•Agama Islam mencakupi seluruh kejadian manusia dan peraturan yang mengatur hidup mereka.
3. Syumul dan Kamil (Lengkap)
•Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, iaitu hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan juga hubungan dengan makhluk lain.
4. Alamiyah (Universal)
• Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi semua tempat dan masa.
5. Tawazzun dan Wasatiyyah (Seimbang dan sederhana)
•Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan
•atas dasar seimbang dan sederhana.
Menjelaskan Struktur Islam sebagai Ad-din
Iman (Aqidah)
•Aqidah Islam adalah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Esa manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah RasulNya.
Islam
(Syariat)
•Merupakan undang-undang dan peraturan Allah untuk dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.
Ihsan (Akhlak)
•Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubarinya.
Hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan
•Hubungan aqidah (iman), Islam (syariah) dan ihsan (akhlak) dapat dilihat dalam sesuatu amal ibadah.
Membezakan Islam dan Sekularisme
Pengertian sekularisme
•Sekularisme adalah satu ideologi (fahaman) yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama.
Banding Beza di antara Islam dan Sekularisme
•Islam adalah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Esa manakala Muhammad s.a.w adalah RasulNya serta kitab-kitabNya dan hari Kiamat
•Sekularisme merupakan konsep bahawa kerajaan atau entiti lain
harus wujud secara terasing dari agama dan atau kepercayaan agama.