Tuesday, 18 December 2012

Pendidikan Islam 2

 
1.  Perkahwinan
Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal dari bahasa arab yang bermakna kumpul, himpun dan cantum.
Menurut pendapat ahli-ahliil mufiqh ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan malakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij (kahwin).

Matlamat perkahwinan :
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mengikut sunnah Rasulullahs.a.w
3. Melahir dan menyuburkan perasaan mawaddah dan rahmah
4. Mendapatkan zuriat
5. Memenuhi kehendak semulajadi
6. Menjaga akhlak dan peribadi
7. Menjaga keselamatan social
8. Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
9. Mempertingkatkan usaha

HukumNikah
1.  Wajib
-  mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya kelembah maksiat
- mempunyai kemampuan menanggung mas kahwindan nafkah
- yakin tidak menganiaya terhadap isterinya
- mampu menyempurnakan kewajipan
2.  Sunat
- mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan
-boleh mengawal diri daripada perbuatan zina
- mempunyai tabi’e yang sederhana
3.  Haram
- tidak mempunyai keinginan
-tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
- khuatir menganiaya isteri
-tidak mampu menyempurnakan kewajipan
4.  Makruh
- bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
- jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinya
- seorang yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi lemah tubuh badan seperti sangat tua, sakit yang berterusan atau lemah tenaga batin
5.  Harus
- adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak ada padanya penyebab penyebab di atas  ( wajib, sunat, haram danmakruh)
Perempuan-Perempuan Yang Haram DiKahwini
1. Haram buat selamanya
-  sebab keturunan
-  sebab penyusuan
-  sebab persemendaan (perkahwinan)
2.  Haram buat sementara waktu
-  sebab menghimpunkan
-  masih isteri orang
-  masih dalam iddah
-  sebab talak 3
-  berlainan agama
Pertunangan (Al-Khitbah)
Al-khitbah berasal dari perkataan arab yang membawa maksud pertunangan. Ia boleh ditakrifkan hasrat ingin berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui salurans yara’.
Mas Kahwin / Mahar
Definisi
Maksud mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan
Sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin
1. matawang
2. hartabenda
3. Pekerjaan( mengajar ilmu agama)
4. makanan
5. memerdekakan hamba
RukunNikah
Untuk melaksanakan satu-satu perkahwinan yang sah di sisi syara’ hendaklah mempunyai lima rukun, iaitu :
1.       Calon suami
2.       Calon steri
3.       Wali
4.       Dua saksi
5.       Ijab dan qabul